Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Logo merdeka 2022

Jalur Liputan Internet Jadi Logo Rasmi Hari Kebangsaan 2022

Diterbitkan Julai 1, 2022 ยท Dikemas kini Julai 1, 2022 oleh ariff bukhari

Sempena dengan sambutan Hari Merdeka 2022 yang akan disambut pada 31 Ogos tahun ini, logo berkonsepkan jalur liputan Internet menjadi logo rasmi Merdeka tahun ini.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) memaklumkan, logo tersebut melambangkan pembangunan infrastruktur, sistem komunikasi serta pendigitalan yang semakin maju dan berkembang untuk kemudahan rakyat.

Ia juga melambangkan kebersamaan, komited untuk terus maju ke hadapan serta keberadaan teknologi terkini yang menjadi penghubung kehidupan ekonomi rakyat.

Logo merdeka 2022 1

Manakala tema bagi Hari Kebangsaan tahun ini pula adalah ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’.

Pelbagai program sambutan Hari Merdeka 2022 telah dirancang yang akan bermula dari pertengahan bulan Julai ini.

Untuk info lebih lanjut serta senarai program yang akan dijalankan sempena Merdeka 2022 ini, layari laman rasmi Merdeka360.

Sumber: Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY