Jaket Pintar Levi's Ini Akan Beri Amaran Kepada Anda Jika Meninggalkan Telefon Pintar

Sering tertinggal telefon anda ketika keluar dari rumah? Masalah anda mungkin akan selesai tidak lama lagi.

Ini kerana Levi's telah bekerjasama dengan Google dalam menghasilkan Commuter X Jacquard, satu gabungan jaket dan aplikasi yang akan memberi amaran kepada pemakai sekiranya meninggalkan telefon.

Kerjasama antara siri jaket Commuter keluaran Levi's dan aplikasi Jacquard ini telah hasilkan buat kali pertama pada dua tahun lepas. Namun sebelum ini ia hanya menyokong dua fungsi iaitu "Illuminate" dan "Find Your Phone".

Kapsyen: Android Police


Menerusi fungsi "Always Together" terbaru ini, telefon pintar anda akan berbunyi dengan tahap bunyi terkuat selama 30 saat jika ia mengesan pemakai hampir meninggalkannya.

Untuk menikmati fungsi ini, pemilik jaket Levi's Commuter ini boleh memuat-turun aplikasi atau kemaskini terbaru Jacquard di Google PlayStore.

Jaket Commuter X Jacquard ini dijual pada harga $350 di pasaran US, namun malangnya, kami gagal untuk mengesan pengedar tempatan bagi jaket ini di Malaysia.

 

Sumber: Android Police