Sebenarnya jaket pintar ini telah dipamerkan pada Google I / O tahun lepas lagi tetapi pada waktu itu ianya masih lagi dalam bentuk prototaip. Jaket ini akan mula dipasarkan secara komersial tahun ini.
Apa yang membezakan dengan jeket lain adalah Jacquard dibina bersama teknologi benang konduktif yang membolehkan ia bertindak sebagai pad sentuh interaktif. Lengan kiri jaket ini merupakan pad sentuh yang boleh dikawal dengan isyarat 'tap' atau 'swipe'.
Jaket ini boleh disesuaikan bersama aplikasi di peranti mudah alih untuk tetapan seperti contoh sentuh 2 kali untuk memulakan musik dan sebagainya. Google masih lagi mempertimbangkan kolaborasi bersama pemaju pihak ke tiga dalam membawa lebih banyak fungsi untuk jaket pintar ini.
Ianya boleh berfungsi seperti jam pintar yang lain seperti memberikan notifikasi mesej, menjawab panggilan, memainkan musik dan berupaya dijadikan sebagai pemandu arah. Bateri yang dimuatkan ke dalam pad sentuh mempunyai jangka hayat selama 2 hari. Pada ketika ini Jacquard dijual pada harga $350 iaitu RM 1556.
[embed]https://www.youtube.com/watch?v=yJ-lcdMfziw[/embed]
[embed]https://www.youtube.com/watch?time_continue=1&v=grKHwQIaiaA[/embed]
Sumber
Berkaitan
- Sharp Mempamerkan Telefon Pintar Tanpa Bezel Pertama Di Dunia
- Wanita Dikejarkan Ke Hospital Selepas Menangis Tanpa Henti Ketika Menonton Avengers: Endgame
- Xiaomi Malaysia Keluar Kenyataan Rasmi Mengenai Ketibaan Peranti Black Shark
- Video Teaser Dari LG Membayangkan Peranti Kalis Air dan Debu untuk LG G6
- Mi Band 4 Bakal Hadir Dengan Paparan Berwarna
- Apple Akan Membawakan Mesin Servis Skrin Retak iPhone ke 25 Negara
- Ciri Terbaru Permainan FIFA 17 Yang Akan Di Keluarkan Pada 17 September Ini
- Nike Bakal Lancarkan Kasut Dengan Tema PlayStation Kedua Mereka Pada 1 Disember Ini
- Asus Zenfone 5Z Diperkenalkan Di India Dengan Harga Serendah RM 1,760
- Pengasas Instagram Dilapor Letak Jawatan, Bakal Tinggalkan Facebook