"Jajah Marikh Untuk Spesis Manusia": Elon Musk

Pengasas SpaceX, Elon Musk memberi pendapat keutamaan harus diberi  kepada usaha-usaha eksplorasi ke planet Marikh bagi mengelakkan kepupusan spesis manusia jika terjadi perang dunia ketiga.

Musk mengeluarkan kenyataan berikut semasa Festival SXSW selepas Donald Trump, Presiden Amerika Syarikat mengumumkan rancangan untuk bertemu pemimpin Korea Utara bagi membincangkan isu-isu berkenaan senjata nuklear.



Planet Marikh sesuai untuk dijadikan penempatan baru bagi manusia kerana lokasi yang jauh dari Bumi dan mempunyai peluang cerah untuk selamat dari sebarang bencana besar yang berlaku di Bumi, ujar Musk lagi.



Space X sedang menyiapkan kenderaan yang boleh membawa manusia ke planet Marikh selepas berjaya dengan pelancaran roket, Falcon Heavy yang memukau banyak pihak pada bulan Febuari lepas.