Jadikan "Thumbdrive" Anda Sebagai Platform Aplikasi Mudah Alih

Khusus kepada anda yang perlu menggnakan aplikasi segera tanpa perlu melakukan pemasangan pada PC. Kaedah ini sangat pantas dan mudah, apa yang perlu anda lakukan ialah dengan memasang semua aplikasi yang diperlukan terus pada storan mudah alih tanpa membebankan PC.

Kaedah ini juga secara tidak langsung dapat menjaga privasi aktiviti internet anda, kerana ianya tidak akan direkodkan pada PC yang digunakan.

Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah berikut.

Pertama sekali Masuk ke laman sesawang PortableApps.com dan muat turun aplikasi platform kedalam storan mudah alih anda.



Seterusnya jalankan pemasangan tersebut dan pilih menu Portable dengan ikon Thumbdrive. tunggu sehingga proses pemasangan selesai.



Seterusnya buka aplikasi platform yang sudah siap dipasang, kemudian klik pada menu Get more apps untuk memilih aplikasi yang ingin dipasang pada Thumbdrive.



Pilih aplikasi yang anda berkenan, kemudian klik tombol next untuk memulakan pemasangan, selesai.



Maka sekiranya anda ingin menggunakan aplikasi tersebut, pasang sahaja Thumbdrive tersebut pada mana - mana PC, buka aplikasi dengan ikon start.



Dengan itu akan muncul paparan berikut dengan senarai aplikasi yang telah siap dipasang. pilih dan jalankan aplikasi tersebut tanpa perlu pemasangan lagi.



Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan