Jadikan Tetikus Sebagai Penunjuk Laser Pada Microsoft PowerPoint

Salah satu cara untuk menarik fokus penonton adalah dengan cara menunjuk bahagian yang sedang dibentangkan seperti menggunakan laser penunjuk.



Anda tidak mempunyai laser penunjuk atau terlupa bawa peranti tersebut? Jangan risau kerana anda boleh tukarkan tetikus menjadi laser penunjuk dengan cara yang sangat mudah.

Windows

Buka slide pembentangan, tekan lama butang CTRL pada papan kekunci dan klik kiri pada tetikus untuk gunakan ciri laser penunjuk.

Secara default, laser penunjuk akan berwarna merah tetapi anda boleh tukarkannya kepada dua warna lain iaitu hijau atau biru.

  • Pergi ke tab Slide Show > Set Up > Set Up Slide Show

  • Pada tetingkap Set Up Show,  tukar warna laser penunjuk dibawah Show Options.




MacOS

Ketika pembentangan bermula, anda akan lihat butang pembantu dibawah kiri. Tekan pada butang berbentuk pen, dan pilih Laser Pointer.

Untuk tukar warna laser penunjuk pada PowerPoint untuk sistem operasi MacOS

  • tekan butang pembantu dibawah kiri




  • Senarai menu akan tertera Laser Color, pilih warna yang anda mahukan.




 

Berkaitan