Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jadikan “Scene” Kegemaran Anda Di Youtube Sebagai Gambar “Gif”

Jadikan “Scene” Kegemaran Anda Di Youtube Sebagai Gambar “Gif”

Diterbitkan September 26, 2017 ยท Dikemas kini September 26, 2017 oleh Tips Gajet

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Artikel kali ini kami ingin khusus kepada anda yang gemar menonton video di Youtube. Mungkin ada beberapa babak dalam video tersebut yang anda ingin “potong” dan dijadika sebagai koleksi peribadi. Kami faham, agak leceh sekiranya ingin dimuat turun video tersebut, sedangkan apa yang anda inginkan hanyalah beberapa “scene” sahaja untuk disimpan ataupun dikongsikan kepada rakan-rakan.

Berikut kami kongsikan cara mudah untuk anda potong babak-babak menarik dalam video di Youtube untuk dijadikan gambar format “Gif” seperti contoh dibawah

Jadikan “Scene” Kegemaran Anda Di Youtube Sebagai Gambar “Gif”

Ikuti sahaja langkah-langkah berikut.

Langkah 1

Masuk ke Laman sesawang Youtube, pilih video yang anda berminat.

Jadikan “Scene” Kegemaran Anda Di Youtube Sebagai Gambar “Gif”

Langkah 2

Kemudian pada bahagian “Address Bar” masukkan perkataan “gif” pada belakang perkataan “Youtube” seperti dibawah, seterusnya tekan “Enter”.

Jadikan “Scene” Kegemaran Anda Di Youtube Sebagai Gambar “Gif”

Langkah 3

Kemudian anda akan dibawa masuk ke laman sesawang berikut. Seterusnya pilih sela masa video yang anda ingin tukarkan ke format gif pada bar masa di bahagian bawah. Untuk suntingan tambahan, anda boleh sahaja guna menu yang beada di sebelah kiri jika perlu.

Jadikan “Scene” Kegemaran Anda Di Youtube Sebagai Gambar “Gif”

Setelah selesai memilih sela masa untuk dijadikan format gif, klik pada butang hijau disebelah atas yang berlebel “create gif”.

Langkah 4

Seterusnya anda akan dibawa ke paparan berikut. apa yang anda perlu buat hanyalah sedikit pendaftaran ringkas iaitu dengan memasukkan Email dan “password” pilihan ataupun boleh sahaja menggunakan akaun Twitter sebagai ganti.

Jadikan “Scene” Kegemaran Anda Di Youtube Sebagai Gambar “Gif”

Langkah 5

Setelah siap daftar, anda akan dibawa ke laman berikut. Apa yang perlu dilakukan ialah pilih sahaja saiz kualiti gif yang anda inginkan. Makin besar maka makin tinggilah resolusi gif tersebut.

Jadikan “Scene” Kegemaran Anda Di Youtube Sebagai Gambar “Gif”

Untuk muat turun Gif yang anda tetapkan sebentar tadi, klik sahaja pada menu didalam kotak merah seperti dalam gambar diatas. Selesai.

 

Itu sahaja sedikit perkongsian daripada kami, semoga bermanfaat,

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress