Jadikan PC Windows Anda Sebagai Android

Teringin untuk bermain permainan video dan aplikasi Android pada komputer dirumah?. Dengan menggunakan aplikasi Andyroid, anda sudah boleh pasang sistem operasi android pada komputer windows, Menjadikan PC anda persis sebuah tablet android.

Kepada yang sudah biasa dengan aplikasi emulator Bluestack pasti anda akan lebih teruja dengan aplikasi Andyroid, kerana berbanding dgn aplikasi emulator yang lain, Andyroid adalah jauh lebih baik daripada aspek kelajuan dan prestasi, tiada lagi masalah "laging" ataupun "hang". Semua aplikasi android yang ada dalam Playstore dapat anda jalankan pada PC dirumah seolah-olah sebuah telefon pintar, apa yang lebih menarik lagi, aplikasi andyroid ini adalah percuma.



Untuk memasang andyroid pada PC anda, ikut langkah-langkah berikut.

Langkah 1

Muat turun aplikasi andyroid terlebih dahulu dengan menggunakan link dibawah

Andyroid


Langkah 2

"Double click" pada aplikasi andyroid untuk memulakan proses pemasangan



 

Langkah 3

Bila dah siap pasang, apa tunggu lagi, "enjoy"



Bila dah siap "launch" PC anda sudah bertukar kepada android, Lengkap dengan playstore, gmail dan lain-lain aplikasi seolah-olah sebuah telefon pintar. PC anda sekarang sedang menjalankan dua OS dalam satu masa iaitu windows dan android, anda boleh guna kedua-duanya secara serentak, menarik bukan.




Sekiranya anda penggemar "games" silalah pasang segala jenis "games" yang anda berkenan seperti clash of clans, clash royale, mobile legends dan sebagainya. manakala untuk penggemar filem, TG syorkan anda pasang aplikasi Terrarium TV, Showbox, Megabox dan lain-lain