Jadikan Paparan Google Chrome PC Anda Versi "Dark Web"

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Artikel kali ini kami ingin kongsikan cara-cara untuk menjadikan paparan Google Chrome versi "dark web", jangan salah faham ya, apa yang kami maksudkan ialah paparan Google Chrome tersebut menjadi versi "Hitam".

Dengan versi ini, Google Chrome anda akan kelihatan lebih Elegan dan sejuk dipandang bagi sesetengah pengguna. Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah-langkah dibawah.

Pertama sekali buka Chrome anda dan buat carian "Dark Reader", setelah itu klik pada Add to Chrome.



Seterusnya klik pada butang Add Extension



Setelah siap dipasang, maka icon Dark Reader akan muncul pada bucu sebelah atas kanan Pelayar Chrome anda. Klik dan pilih menu "On" dan selaraskan Fungsi hitamnya mengikut kemahuan anda.



Seterusnya klik menu "Apply". Selesai.



Berikut contoh paparan Chrome setelah siap.



 

Sangat menarik bukan?  Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.