Jadi Yang Pertama Untuk Merasakan Pengalaman HONOR 9X Sebelum Ia Dilancarkan

Jenama popular HONOR kini sedang bersiap sedia untuk memperkenalkan telefon pintar siri X terbaru mereka dan dalam jangkaan ketibaannya di Malaysia, pihak HONOR ingin menjemput para peminat untuk menjadi sebahagian daripada Early Access Program di mana mereka akan menjadi antara yang pertama untuk menguji, merasai pengalaman dan berpeluang untuk bercakap bagi mempromosikan HONOR 9X yang baru.

Bagi mengekspreskan rasa terima kasih kepada peminat atas jualan HONOR 8X yang memberangsangkan pada tahun lepas, HONOR menyampaikan hasrat mereka untuk terus menawarkan pengalaman telefon pintar yang terbaik dengan melancarkan "HONOR Club Early Access Program".



Dua ahli dari program ini akan dipilih sebagai yang pertama di Malaysia untuk menerima HONOR 9X sebelum ia dilancarkan nanti.

Mereka yang terpilih ini akan diberikan hak keistimewaan untuk menyuarakan ulasan dan maklum balas terhadap telefon pintar tersebut supaya pihak HONOR dapat mempertimbangkan kelemahan yang ada bagi meningkatkan kepuasan pelanggan.



Bagaimana nak menjadi sebahagian daripada program ini? 

Mana-mana pengguna telefon pintar HONOR boleh menjadi sebahagian daripada kelab ini dan ikut mengambil bahagian dalam program istimewa tersebut. Mereka harus menghasilkan kandungan yang luar biasa melalui fotografi di telefon pintar, berkongsi pemikiran dan pendapat mereka atau membuat ulasan produk.

Cara-caranya adalah:

  1. Jika anda belum turut serta, anda boleh membuka akaun/profil terlebih dahulu di club.hihonor.com bermula 15 - 31 Oktober 2019 ini

  2. Anda hanya perlu berkongsi pautan dari salah satu ulasan produk HONOR yang sudah anda buat di ruang komen di sini

  3. Setiap akaun hanya dibenarkan untuk menghantar satu penyertaan sahaja

  4. Pada 7 November 2019, dua pemenang akan dipilih HONOR berdasarkan kualiti ulasan tersebut


HONOR 9X adalah sebuah rekaan telefon pintar pertengahan dicipta untuk membawa teknologi generasi akan datang dengan penambahbaikan pengalaman pengguna dan naik taraf yang merangkumi ciri utama dalam fotografi, reka bentuk dan prestasi.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut yang lebih menarik, boleh lihat di laman Facebook rasmi HONOR Malaysia.