Bagi mengekspreskan rasa terima kasih kepada peminat atas jualan HONOR 8X yang memberangsangkan pada tahun lepas, HONOR menyampaikan hasrat mereka untuk terus menawarkan pengalaman telefon pintar yang terbaik dengan melancarkan "HONOR Club Early Access Program".
Dua ahli dari program ini akan dipilih sebagai yang pertama di Malaysia untuk menerima HONOR 9X sebelum ia dilancarkan nanti.
Mereka yang terpilih ini akan diberikan hak keistimewaan untuk menyuarakan ulasan dan maklum balas terhadap telefon pintar tersebut supaya pihak HONOR dapat mempertimbangkan kelemahan yang ada bagi meningkatkan kepuasan pelanggan.
Bagaimana nak menjadi sebahagian daripada program ini?
Mana-mana pengguna telefon pintar HONOR boleh menjadi sebahagian daripada kelab ini dan ikut mengambil bahagian dalam program istimewa tersebut. Mereka harus menghasilkan kandungan yang luar biasa melalui fotografi di telefon pintar, berkongsi pemikiran dan pendapat mereka atau membuat ulasan produk.
Cara-caranya adalah:
- Jika anda belum turut serta, anda boleh membuka akaun/profil terlebih dahulu di club.hihonor.com bermula 15 - 31 Oktober 2019 ini
- Anda hanya perlu berkongsi pautan dari salah satu ulasan produk HONOR yang sudah anda buat di ruang komen di sini
- Setiap akaun hanya dibenarkan untuk menghantar satu penyertaan sahaja
- Pada 7 November 2019, dua pemenang akan dipilih HONOR berdasarkan kualiti ulasan tersebut
HONOR 9X adalah sebuah rekaan telefon pintar pertengahan dicipta untuk membawa teknologi generasi akan datang dengan penambahbaikan pengalaman pengguna dan naik taraf yang merangkumi ciri utama dalam fotografi, reka bentuk dan prestasi.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut yang lebih menarik, boleh lihat di laman Facebook rasmi HONOR Malaysia.
Berkaitan
- Xiaomi Bakal Lancarkan Telefon Pintar Gaming Mereka Pada 13 April Ini
- Bawak Bertenang, Virus Ransomware WannaCry Tidak Menyerang Telefon Pintar Anda
- Alternatif iPhone 7: 4 Telefon Pintar Android Terbaik Setakat Ini
- Samsung Dilihat Memberi Gambaran Paling Jelas Mengenai Telefon Boleh Lipatnya
- Spesifikasi Honor Note 9 Terbongkar, Memperlihatkan Tetapan Dwi-Kamera Di Belakang
- Kementerian Pelajaran Bercadang Membenarkan Pelajar Bawa Telefon Pintar dan Tablet Ke Sekolah
- Tangkap Gambar Haiwan Peliharaan Anda Dan Berpeluang Menangi Sebuah honor 10
- Berbaloi Ke Beli Honor Band 4?
- Variasi 8GB Honor View 10 Dilancarkan 14 Ogos Ini
- Bujang Lapok Wakil Malaysia Ke Kejohanan Akhir 'Modern Combat Versus honor International Series eSports'