Jack Ma Setuju Jadi Penasihat Ekonomi Digital Malaysia

 

Pengasas laman e-commerce Alibaba, Jack Ma bersetuju untuk menjadi penasihat kepada kerajaan Malaysia dalam aspirasi Ekonomi Digital, kata Perdana Menteri, Najib Razak.

"Kita akan bekerjasama dengan Jack dalam perjalanan ke arah masa hadapan", kata Najib.

Beliau turut menambah bahawa Jack Ma turut bersetuju untuk datang ke Malaysia untuk menghadiri perasmian E- Free Trade Zone pada Mac.