Jack Ma Mengesahkan Alibaba Sedang Melihat Ke Dalam Teknologi Kereta Panduan Sendiri

Teknologi kereta panduan sendiri menarik pelaburan berbilion-bilion US$ dari syarikat gergasi teknologi dan pemain automotif walaupun teknologi tersebut mengakibatkan seorang wanita mati terbunuh akibat dilanggar oleh kenderaan Uber yang dipandu sendiri.

Bukan sahaja syarikat dari Amerika Syarikat sedang giat menyempurnakan teknologi panduan sendiri malah syarikat teknologi dari China juga dikatakan mahu turut sama meyertai industri itu.



Salah satu syarikat China tersebut adalah Alibaba kepunyaan Jack Ma. Alibaba sedang dalam proses melakukan kajian terhadap teknologi panduan sendiri dan cuba membuatkan 'teknologi' tersebut dapat membantu manusia dengan cara yang baik.

Ma mendedahkan perkara tersebut semasa sidan media di Thailand selepas menandatangani perjanjian bersama kerajaan Thailand dalam usaha untuk mewujudkan hub digital di timur Thailand.

Ma bagaimanapun tidak mendedahkan dengan terperinci sejauh mana Alibaba sudah mencapai kemajuan dalam penyelidikan mereka.

Sementara itu, pihak berkuasa China telah meluluskan undang-undang yang membenarkan ujian kenderaan panduan sendiri dilakukan di atas jalanraya negara republik tersebut.

Sumber