Jabatan Pembangunan Wanita Anjur Pertandingan Fotografi & Video Kreatif #WanitaCegahCovid19

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang bertujuan memutuskan rantaian penularan Covid-19 ini, pelbagai langkah telah diambil oleh pihak kerajaan, NGO dan lain-lain untuk menggalakkan orang ramai terus kekal berada di rumah. Jabatan Pembangunan Wanita juga tidak ketinggalan untuk menganjurkan Pertandingan Fotografi dan Video Kreatif #WanitaCegahCovid19 yang berlangsung sehingga 31 Mac ini.

Melalui pertandingan tersebut, orang ramai boleh menyertainya dengan berkongsi aktiviti kerja di rumah dimana ia terbahagi kepada dua kategori iaitu fotografi dan videografi.

Wanitacegahcovid19

Bagi kategori fotografi, peserta boleh menghantar sehingga tiga gambar, manakala anda boleh menyertai kategori videografi dengan memuat naik video pendek berdurasi 20-30 saat.

Penyertaan boleh dilakukan dengan memuat naik gambar dan video tersebut melalui akaun media sosial Facebook atau Instagram dengan tanda pagar #WanitaCegahCovid19.

Berkaitan