Itali Telah Membuat Larangan Terhadap Uber

Sekatan jalan dialami oleh Uber sekarang ini adalah dalam bentuk larangan beroperasi di seluruh Itali.

Keputusan mahkamah dikeluarkan hari ini melarang servis Uber di negara Eropah itu selepas hakim Rome telah mengatakan servis Uber itu tidak bersaing dengan adil terhadap persatuan teksi negara itu.

Dengan serta merta, segala servis Uber termasuk pengiklanan tidak boleh dilakukan di negara itu.

Uber memberi respon yang mereka terkejut dengan keputusan itu.

"Kami merasa terkejut," kata peguam Uber dari satu kenyataan yang diambil oleh surat khabar Itali, Corriere della Sera.

"Kami akan membuat rayuan terhadap keputusan ini yang berdasarkan undang-undang yang berusia 25 tahun.

"Sekarang kerajaan tidak boleh membuang masa dan perlu membuat keputusan samada mahu kekal dengan sejarah lama, melindungi keuntungan istimewa atau mahu membenarkan rakyat Itali mendapat manfaat dari teknologi baru."

Peguam untuk Persatuan Teksi Itali pula berkata, "Ini adalah kali keempat hakim Itali telah mengatakan servis Uber ini berat sebelah.

Perkembangan ini merupakan pertarungan terbaru yang bermula dari tahun 2015 untuk memberhentikan saingan berat sebelah dari wujud dalam pasaran pengangkutan domestik Itali," kata penguam kepada Corriere della Sera.

Uber merancang untuk membuat rayuan.

Mereka ada tempoh 10 hari untuk berbuat demikian atau tidak dapat beroperasi langsung di Itali.

Jika mereka tetap meneruskan aktiviti perniagaan mereka, denda sebanyak RM 47025.84 untuk setiap hari akan dikenakan.

Berita ini pasti memberi tamparan hebat kepada Uber kerana syarikat itu menghadapi pelbagai reputasi buruk dari pengerusan syarikat dan masih terlibat dengan saman berprofil tinggi dengan Waymo berkenaan teknologi kereta berpanduan sendiri.

Sumber