Itali Haramkan Perkhidmatan Uber

Mahkamah di Itali mengharamkan perkhidmatan menghantar penumpang Uber di negara itu.

Pengharaman yang dibuat selepas pemandu-pemandu teksi di negara tersebut memfailkan saman terhadap Uber atas alasan ia persaingan yang tidak adil bagi mereka.

Seperti yang anda boleh lihat, perkhidmatan Uber semakin mendapat tempat dihati orang ramai sejak ia diasaskan pada tahun 2009.

Sudah pasti, pemandu teksi melihat itu sebagai persaingan sengit kerana Uber menawarkan pelbagai tawaran yang menarik.

Kini Uber di Itali tidak dibenarkan sama sekali menjalankan aplikasi mudah alih dan juga mengiklankan servis itu di seluruh negara berkenaan.

Uber juga diberi tempoh selama 10 hari untuk keluar dari negara berkenaan bermula dari tarikh pengharaman dibuat mahkamah.

Syarikat itu yang terkejut dengan keputusan mahkamah dijangka akan membuat rayuan terhadap pengharaman tersebut tidak lama lagi.

Sumber: MashableAsia