Isu Redmi Note 7S Terbakar Secara Tiba-Tiba, Akhirnya Pihak Xiaomi Tampil Memberikan Jawapan

Kebakaran telefn pintar secara tiba-tiba bukanlah suatu perkara yang baru. Pada tahun 2016, dunia dikejutkan dengan isu Samsung Galaxy Note 7 yang terbakar secara tiba-tiba sehingga pihak Samsung terpaksa membatalkan pengeluaran model tersebut.



Baru-baru ini, gempar mengenai satu berita di mana seorang lelaki membuat laporan mengenai peranti yang baru dibelinya iaitu Redmi note 7S terbakar secara tiba-tiba. Beliau yang dikenali sebagai Chavwan Ishwar baru sahaja membeli peranti tersebut dan pada 2 November yang lalu, peranti tersebut terbakar secara tiba-tiba di atas sebuah meja. Beliau juga menegaskan bahawa peranti yang baru dibelinya itu belum pernah dibaiki, jatuh dan beliau juga menggunakkan pelindung peranti lutsinar ketika itu.



Beberapa hari kemudian, pihak Xiaomi tampil memberikan penjelasan mengenai insiden berkenaan. menurut pihak Xiaomi, mereka mendapati terdapat kesan kebakaran yang tidak normal pada bahagian bateri dan perkara tersebut menyebabkan Chavwan sukar untuk mendapatkan peranti gantian. Oleh kerana tidak berpuas hati dengan jawapan dari pihak Xiaomi, Chavwan menelefon sendiri dan pihak Xiaomi mengatakan bahawa kerosakan bateri tiada dalam waranti.



Pihak Xiaomi juga telah menjawab mengenai isu ini di laman GizChina dan menurut Xiaomi:

”Kualiti merupakan sesuatu yang amat penting pada produk Xiaomi. Kepercayaan yang diletakkan oleh peminat Xiaomi sepanjang 5 tahun lalu menunjukkan bahawa produk yang dikeluarkan amat berkualiti. Kami juga mendapat jumlah jualan peranti yang banyak dan bersedia untuk menyelesaikan sebarang isu yang dialami oleh pengguna. Dalam kes ini, kami telah membuat beberapa ujian dan mendapati bahawa kebakaran peranti tersebut disebabkan oleh faktor luar di mana pemilik yang seharusnya bertanggungjawab ke atas insiden tersebut.”

Sumber: