Dron DJI didakwa boleh digodam.
Dalam pendedahan terbaru berkaitan dokumen keselamatan tentang larangan penggunaan dron DJI oleh A.S, rangkaian dron tersebut didakwa boleh digodam bagi mengakses dan mengumpul data oleh penyerang. Sehingga mampu menyebabkan strategi peperangan boleh terdedah kepada pihak musuh.
Malah dron DJI juga didakwa boleh dijadikan sebagai alat bagi merampas pesawat. Ia dinyatakan dalam memorandum oleh Tentera Laut Amerika yang diterbitkan pada 24 Mei 2017 lalu yang bertajuk “Operational Risks With Regards to DJI Family of Products”.
Berikutan memorandum itu, larangan penggunaan dron dari firma China itu dikuat kuasakan pada semua tentera Amerika selepas itu.
Ketika ini dron DJI menguasai pasaran dron dunia sebanyak 70%. Pihak A.S menerusi Jabatan Keselamatan Dalam Negeri A.S (DHS) sebelum ini telah pun mengeluarkan amaran bahawa dron buatan China itu boleh menghantar maklumat penerbangan kepada pengeluar mereka, seterusnya berkongsi maklumat tersebut dengan pihak ketiga.
Walaubagaimanapun, pembangun dron itu menafikan bahawa dron mereka tidak direka untuk tujuan ketenteraan. Malah dron mereka dilengkapi dengan ciri penginkripan data. Pengguna pula diberikan kawalan sepenuhnya untuk bagaimana mereka mahu menguruskan data-data terkumpul dari dron mereka.
Sumber: South China Morning Post
Berkaitan
- PDRM Memberikan Sedikit Pencerahan Berkenaan Pembelian 16 Dron Berharga RM48 Juta
- Dron Digunakan Bagi Memantau SOP Di Bazar Ramadan Dan Aidilfitri
- DJI Perkenalkan Peranti Gogel FPV Dengan Sistem Digital
- Polis Sepanyol Akan Menggunakan Sistem Anti Dron Pada Perlawanan Akhir Liga Juara-Juara 2019
- PDRM Bakal Terima 16 Buah Dron Berkuasa Tinggi Berharga RM48 Juta
- EV BYD Pada Masa Hadapan Mungkin Akan Dilengkapi Dron
- PDRM Memantau Istana Negara Dengan Bantuan Pengesan Dron Dan "Anti-Dron Jammer"
- Dron Dilarang Diterbangkan Di Langkawi Bermula Hari Ini Sempena LIMA 23 - CAAM
- DJI Lancar Dron Terbaru, Air 3 Mampu Diterbangkan Selama 46 Minit
- DJI Perkenalkan Produk Terbaru Kamera Aksi Osmo Action