iPhone X Kalahkan Pixel 2 Dan Mate 10 Pro Dalam Penilaian Fotografi DxOMark Dengan Markah 101

Seperti biasa, setiap kali kemunculan telefon flagship baru di pasaran, ramai ternanti-nantikan markah DxOMark. Sebelum ini kita dapat lihat Google Pixel 2 mendapat markah paling tinggi untuk kamera telefon pintar dengan markah 98 secara kesuluruhan.



Namun untuk markah fotografi, iPhone X menerima markah paling tinggi setakat ini dengan 101 markah menewaskan Huawei Mate 10 Pro dan Note 8 dengan markah 100. Menurut DxOMark, iPhone X memiliki kualiti kamera yang baik dengan exposure dan warna yang tajam dalam pelbagai keadaan cahaya.

Gambar 'bokeh' yang dihasilkan juga dikatakan lebih baik dibandingkan dengan iPhone 8 Plus dengan 12MP f/1.8 bersama penstabilan imej optik.



Akan tetapi apabila dilihat keupayaan rakaman video pula, iPhone X tidak menerima markah yang tinggi iaitu pada hanya 89, meletakkannya di tangga kedua bersama Huawei Mate 10 Pro dengan markah keseluruhan 97.



sumber