iPhone Tidak Lagi Keluarkan Peranti Dengan Panel LCD Bermula Tahun Hadapan

Apple memperkenalkan tiga model iPhone baharu pada tahun lalu dengan salah satu daripadanya hadir dengan panel skrin LCD(iPhone XR).

Mereka dilaporkan akan menggunakan strategi sama pada siri iPhone bagi tahun ini, dengan melancarkan sebuah iPhone lebih mampu milik dengan skrin LCD.

Bagaimanapun, Apple didakwa akan berhenti menghasilkan model iPhone dengan skrin tersebut bermula pada tahun hadapan.

Kapsyen: AppleInsider


Berita mengenai perkara ini akan memberi tamparan kepada pembekal LCD terbesar mereka, Japan Display.

Malah, mereka sudahpun terkesan dengan permintaan iPhone XR yang lemah sejak dilancarkan pada tahun lepas.

Ia juga memberi bayangan bahawa model boleh lipat iPhone mungkin akan dilancarkan pada tahun berkenaan sekiranya Apple mahu terus menghasilkan tiga model iPhone baharu setiap tahun.

 

Sumber: BGR