iPhone SE Tidak Menerima Sokongan Penuh Paparan Haptic Touch Seperti Model iPhone Lain

Bermula iPhone XR dan yang terbaru, Apple tidak lagi menambah sokongan 3D Touch. Sebaliknya, Apple telah menggantikan ciri itu dengan Haptic Touch. Walaupun Apple telah menggantikan beberapa ciri 3D Touch dengan Haptic Touch, namun iPhone SE dilaporkan tidak menerima sokongan penuh bagi ciri tersebut.

haptic touch Kapsyen: MacRumors


Jika menggunakan iPhone 11 dan iPhone 11 Pro, anda boleh menekan lama pada notifikasi pemberitahuan untuk melihat teks secara penuh. Sebagai contoh, tekan lama pada notifikasi Twitter dan anda dapat melihat pratonton penuh ciapan dengan tindakan pantas untuk membalas atau suka.

Bagi notifikasi masuk pada iPhone SE pula, anda boleh menekan lama dan melihat perincian teks tersebut. Tetapi, iPhone SE tidak mempunyai sokongan Haptic Touch pada Lock Screen dan Notification Center. Sebagai alternatif, anda boleh meleret ke bawah notifikasi tersebut dan tekan pada pilihan "View".

Terdahulu, iPhone XR juga pernah mengalami masalah sama, di mana Apple kemudiannya menambah keupayaan tersebut melalui kemaskini. Bagaimanapun, Apple menyatakan tiada perancangan untuk mengemaskini iPhone SE bagi menambah sokongan tersebut buat masa ini.

Sumber: 9to5Mac