iPhone SE Ditawarkan Serendah RM41 Sebulan Melalui Pelan Ansuran UPackage U Mobile

Apple Malaysia telah mula menjual iPhone SE terbaharu bermula minggu ini. Namun, untuk anda yang mahu dapatkannya melalui kontrak syarikat telekomunikasi, salah satu syarikat tersebut adalah U Mobile.

Untuk pelan kontrak tersebut, pelanggan U Mobile boleh mendapatkan peranti tersebut melalui pelan Unlimited HERO P139 atau P99, ataupun pelan ansuran UPackage dengan faedah 0%.

Melalui pelan Unlimited HERO P139, pengguna yang membeli iPhone SE 64GB boleh jimat sehingga RM1,500 kerana U Mobile menawarkan harga jualan peranti hanya RM449 sahaja. Pelan UPackage pula menawarkan pelan peranti serendah RM41 sebulan.

Mengenai promosi iPhone SE U Mobile ini, pengguna yang membeli melalui Unlimited HERO P139 akan menikmati GonInsure 3, iaitu insurans kemalangan peribadi meliputi Covid-19 secara percuma selama 24 bulan.

Pendaftaran GonInsure 3 ini akan dibuka pada 22 Mei 2020 dan pengguna yang layak akan menerima notifikasi SMS apabila sudah tiba waktu untuk mendaftarnya.

Keseluruhan GonInsure 3 adalah bernilai sehingga RM13,000. Untuk faedah insurans tersebut, boleh perhatikan jadual di bawah.



iPhone SE boleh mula didapati melalui kedai U Mobile dan juga laman rasmi mereka minggu ini juga. Untuk maklumat lanjut mengenai tarikh pembelian, maklumat harga dan juga pelan, anda boleh lawati laman rasmi U Mobile.