iPhone SE 2020 Dapat Skor DxOMark Yang Sama Seperti Pixel 3a

iPhone SE terbaru kini sudahpun hampir menginjak ke dua bulan usianya setelah diperkenalkan secara rasmi pada April yang lepas. Walaupun ada yang beranggapan ia hanyalah iPhone 8 yang diberikan nafas baru melalui cip A13 Bionic, namun penawaran ini mungkin lebih mengujakan bagi peminat peranti bersaiz kompak.

iPhone SE in black, white and (PRODUCT)RED.

Kini, platform penanda aras kamera telahpun mengeluarkan laporan ujian melibatkan model tersebut. Generasi SE kedua ini telah diberikan skor keseluruhan sebanyak 101 sama seperti Google Pixel 3a. Ia juga berkongsi skor yang sama seperti iPhone XR dan ini tidak menghairankan kerana kedua-duanya mempunyai tetapan kamera yang serupa.



Menurut DxOMark, iPhone SE menawarkan rakaman yang baik untuk imej kawasan dalam dan luar bangunan. Antara kekuatan utama bagi peranti ini adalah penghasilan warna dimana ia dikatakan seimbang bersama kepekatan yang mencukupi.

Selain bagus pada ciri autofokus dimana ia pantas serta konsisten, terdapat juga kelemahan pada peranti tersebut. Hanya berbekalkan kamera 12MP, terdapat hingar dan kurang perincian lebih-lebih lagi pada rakaman didalam bangunan atau rakaman kontras tinggi.

Skor rakaman swafoto iPhone SE pula diberikan sebanyak 84 dan bagi laporan lanjut anda boleh lawati DxOMark Camera, Selfie.