Iphone SE 2 Diramal Muncul Pada Bulan Mei Atau Jun Ini

Beberapa laporan sebelum ini membayangkan Apple mahu mengetengahkan rekaan skrin paparan yang lebih besar daripada model-model terdahulu bagi tahun 2018. Hal ini mungkin kerana salah satu pasaran terbesar mereka iaitu China, lebih menggemari peranti yang mempunyai skrin paparan luas.

Walaupunbegitu, Apple dilihat tidak melupakan segmen permulaan dimana khabar angin terbaru menyatakan syarikat itu bakal memperkenalkan iPhone SE 2 sekitar bulan Mei atau Jun hadapan.

 

Tiada perkhabaran jelas mengenai spesifikasi peranti tetapi berkemungkinan besar ia didatangkan dengan ciri pengecasan tanpa wayar, RAM 2GB, cip A10, bateri berkapasiti 1700 mAh dan storan dalaman sebesar 32GB hingga 128GB.

Difahamkan lagi, penghasilan besar-besaran model ini bakal bermula pada suku kedua tahun ini. Model SE dari Apple pertama kali diperkenalkan pada Mac 2016 dan ia boleh dikatakan antara model yang mendapat sambutan hangat daripada peminat disebabkan rekaannya yang sedikit kecil beserta prestasi yang tidak kurang hebatnya.

Sumber: DigiTimes