iPhone Meletup Gara-Gara Tukar Bateri Di Danau Kota

Baru-baru ini kecoh di laman Twitter apabila pemilik akaun @wanhaikal56 memuat naik gambar iPhone milik adiknya meletup secara tiba-tiba. Kejadian berlaku apabila @wanhaikal56 dalam perjalanan menghantar adiknya menaiki bas.



Melalui kicauan bebenang, beliau turut menyatakan isu ini berpunca apabila adiknya menukar bateri di salah sebuah kedai di Danau Kota dua bulan yang lalu. Namun beliau tidak menyatakan secara spesifik nama kedai tersebut.

Menurut satu lagi kicauan oleh pakar bedah telefon pintar @BamGadgets, kes letupan ini berpunca daripada dua sebab, iaitu bateri yang diganti tidak berkualiti (tidak tulen) dan yang kedua adalah cip U2 IC gagal berfungsi.



Cip U2IC adalah komponen penting dalam board  iPhone, berfungsi untuk mengawal kadar aliran Voltan. Kegagalan cip ini berfungsi akan menyebabkan bateri panas secara mendadak.

Pemerhati tegar iPhone @XavierNaxa turut memberi pandangan beliau tentang betapa pentingnya pengguna iPhone menukar bateri tulen di kedai servis Apple yang sah.



Kami juga menyarankan (bukan sahaja pengguna iPhone) untuk tidak mengambil mudah tentang penukaran bateri. Ya, mungkin kedai tersebut menawarkan harga bateri yang murah dan anda boleh jimat duit poket, tetapi keselamatan peranti dan anda sendiri adalah lebih penting.

Sumber: (reEZ) (Bam.Gadgets) (xaviernaxa)