iPhone Kumpul Data Lokasi Pengguna Walaupun Ciri Dinyahaktifkan, Ini Respon Apple

Seminggu lebih yang lalu anda mungkin ada terbaca laporan mendakwa iPhone mengumpul data GPS walaupun ciri Location Services dimatikan. Ini sekaligus menimbulkan kerisauan dalam kalangan pengguna.

Difahamkan bahawa model iPhone 11 Pro terlibat dalam isu ini dan ia mula dikesan oleh jurnalis sekuriti, Brian Krebs. Beliau menyatakan ciri lokasi tersebut telah dinyahaktifkan tetapi mendapati data tetap dihantar pada beberapa aplikasi dan perkhidmatan sistem.

Lanjutan daripada itu, pihak Apple telah mengeluarkan maklum balas bagi menjelaskan dakwaan daripada Krebs.

offers spatial awareness permitting iPhone to understand its position relative to other ultra wide-band authorized devices (i.e. all-new iPhone 11s, including the Pro and Pro Max). So users can do things like share a file with someone utilizing AirDrop easily by pointing at another user’s iPhone.”

Bagi memahami tentang ultra wide-band, ia merupakan teknologi radio yang menggunakan tenaga tahap rendah untuk komunikasi jarak dekat, komunikasi jalur lebar tinggi bagi sebahagian spektrum radio tanpa menghalang standard komunikasi yang lain.

Menjelaskan lagi, Apple menyatakan data lokasi tersebut disimpan kerana kadangkala iPhone akan menyemak sama ada ia digunakan atau tidak. Ia adalah standard industri teknologi yang tertakluk kepada undang-undang antarabangsa dan perlu dimatikan di lokasi tertentu.

Selain itu, iOS akan menggunakan Location Services untuk mengesan sama ada iPhone berada pada lokasi yang tidak membenarkan penggunaan ULtra Wide-Band. Ia adalah untuk mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan. Data yang dikumpul itu juga dikatakan tidak dikutip oleh Apple tetapi disimpan didalam iPhone itu sendiri.

Sumber: Tech Acrobat dan Pokde.net