Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

iPhone, iPad Peranti Pengguna Pertama Disahkan Boleh Kendali Maklumat Sulit NATO

Posted on Februari 27, 2026Februari 27, 2026

Apple mengumumkan iPhone dan iPad menjadi peranti pengguna pertama dan satu-satunya yang memenuhi keperluan jaminan keselamatan maklumat negara-negara NATO (Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara).

Dengan pengiktirafan ini, kedua-dua peranti boleh digunakan untuk mengendalikan maklumat sulit pada tahap “NATO restricted” tanpa memerlukan perisian tambahan atau tetapan khas.

Sebelum ini, iPhone dan iPad telah menerima kelulusan untuk mengendalikan data sulit kerajaan Jerman menggunakan ciri keselamatan dalam iOS dan iPadOS, selepas melalui penilaian menyeluruh oleh Pejabat Persekutuan bagi Keselamatan Maklumat Jerman (Bundesamt für Sicherheit in der Informationstechnik atau BSI).

Kini, iPhone dan iPad yang menjalankan iOS 26 dan iPadOS 26 turut disahkan untuk kegunaan tersebut di semua negara NATO.

iOS 26 dan iPadOS 26 Apple kini disenaraikan dalam NATO Information Assurance Product Catalogue, yang menyatakan iPhone dan iPad mampu menyediakan akses selamat kepada Mail, Calendar dan Contacts melalui aplikasi terbina.

Apple menekankan aspek keselamatan menjadi elemen utama dalam semua produknya. Antara ciri keselamatan yang disediakan termasuk penyulitan data bertaraf tinggi, pengesahan biometrik melalui Face ID, serta ciri keselamatan tambahan seperti Memory Integrity Enforcement.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress