Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 12 Pro Max-wiser

iPhone Dijangka Akan Lebih Murah Pada Tahun 2022

Diterbitkan Julai 6, 2021 · Dikemas kini Julai 6, 2021 oleh Amsyar Latif

Bila bercakap tentang iPhone, pasti yang bermain dalam fikiran adalah telefon tersebut terlalu mahal dan tidak patut dijual harga sebegitu.

Namun, situasi ini mungkin akan berubah nanti. Hal ini kerana Ming-Chi Kuo berpendapat iPhone pada tahun 2022 akan dijual dengan harga lebih murah, iaitu bawah US$900 (~RM3700).

Sebenarnya, ini berkait rapat dengan spekulasi sebelum ini yang menyatakan bahawa bermula tahun hadapan, Apple akan mengeluarkan dua saiz telefon – 6.1 inci dan 6.7 inci.

Beliau mengatakan iPhone dengan paparan 6.7 inci akan dijual harga lebih murah dan buat pengetahuan, saiz tersebut hanya terdapat pada iPhone 12 Pro Max sahaja yang harganya bermula RM5299.

Dengan ini, Apple sepatutnya memang perlu berbuat demikian kerana tidak semua mahukan dan memerlukan ciri-ciri “Pro”.

Sumber: macrumors

Baca juga – iPhone Baharu Mungkin Ada Teknologi Pengecasan Macam Telefon Android

Baca juga – Telefon Pintar Ini Dinobatkan Telefon Terbaik Untuk Tahun 2021

Baca juga – iPhone 12 Pro Max Tewas, Ini Skor Grafik Cip Exynos Dengan GPU AMD

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
©2026 WISER.MY