iPhone Di Jepun Bakal Disediakan Dengan Ciri Akses Kad Pengenalan Melalui NFC

Apple sudah mengumumkan sistem iOS 13 mereka pada awal bulan ini. Ia sedia ditambah baik dengan beberapa ciri dan salah satu daripadanya adalah ciri NFC yang lebih meluas.

iPhone yang mengoperasikan iOS 13 dikatakan berupaya membuat imbasan pelbagai tag NFC, termasuklah yang terdapat pada dokumen rasmi seperti contoh kad pengenalan rakyat Jepun.



Masanori Kusunoki, eksekutif di Jabatan Ketua Pegawai Informasi telah mengesahkan projek ini melalui kicauan di Twitter. Beliau menyatakan bahawa pengguna iPhone di negara matahari terbit itu boleh mengimbas tag NFC yang terdapat pada kad identiti mereka, "My Number Card".

Kad "My Number" tersebut tersedia dengan tag NFC yang boleh diakses oleh aplikasi dari kerajaan bertujuan untuk menyimpan informasi peribadi pada peranti. Difahamkan, beberapa telefon pintar Android telah mempunyai sokongan akses kad identiti melalui NFC, tetapi penggunaan iPhone lebih popular dinegara tersebut. Sokongan ciri akan dikhabarkan akan hadir pada iPhone di Jepun pada musim luruh ini, selari dengan permulaan tawaran iOS 13 kepada pengguna.

Sumber: Apple Insider