iPhone Anda Panas? Boleh Guna Aksesori Penyejukan Cecair Untuk Telefon Pintar Ini Yang Hanya Berharga RM41 Sahaja

Boleh digunakan pada pelbagai model telefon pintar.

Jika anda adalah pemain tegar permainan telefon pintar dan selalu berdepan dengan isu peranti yang menjadi panas sekaligus mengganggu keasyikan anda bermain, anda bolehlah mendapatkan aksesori peranti khas yang menggunakan sistem penyejukan cecair bagi menyejukkan telefon pintar tersebut.

"Mobile Phone Water Cooling Pump and Tank" ini adalah aksesori penyejuk bagi telefon pintar yang menggunakan air. Berdasarkan spesifikasi yang diberikan, aksesori penyejuk ini sesuai digunakan bersama model telefon pintar Apple iPhone 6, 7, 8, X, XS dan iPhone XR.

Tetapi jika anda mahu gunakan untuk telefon pintar lain seperti dari Samsung, Huawei atau Xiaomi, pengeluar aksesori ini, Jeebel memaklumkan mereka turut menawarkannya bagi peranti-peranti tersebut.



Pengeluarnya juga mendakwa penggunaan air bersuhu sejuk akan memberikan kesan yang lebih baik bagi menurunkan suhu telefon pintar yang panas dengan pantas.

Aksesori ini ada ditawarkan di laman stor Lazada Malaysia yang dijual hanya pada harga RM41.00 sahaja.

Berkaitan