Tapi itu tak bermakna anda boleh ke bulan dengan suka hati.
Salah satu elemen penting dalam kejayaan misi NASA Apollo 11 yang telah berjaya membawa manusia ke bulan sudah tentunya teknologi komputer yang digunakan dalam kapal angkasa tersebut.
Terdapat 2 perkakasan komputer utama yang digunakan dalam Apollo 11 iaitu Apollo Guidance Computer (AGC) dan DSKY atau sebutannya berbunyi 'DISS-key' yang membawa maksud display & keyboard.
Komputer yang digunakan dalam Apollo 11 itu mampu 'menyimpan sementara' data sebanyak 2048 perkataan. Data itu pula akan hilang apabila terputus kuasanya.
Data yang disimpan dalam RAM (Random Access Memory) memerlukan sebanyak 16 digit binary bagi setiap perkataan yang dibaca dalam bentuk 1 dan 0 oleh komputer itu.
Itu bermakna, komputer Apollo 11 mempunyai sebanyak 32,768 bit memori RAM. Manakala storan simpanan datanya, ROM atau juga dikenali sebagai read-only rope memory pada waktu itu hanya berkapasiti 72KB sahaja atau bersamaan dengan 589,824 bits.
Malah memori yang diprogram ke dalam storan komputer itu juga tidak boleh lagi diubah apabila ia ditetapkan.
Bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas perbezaan teknologi komputer yang ada pada Apollo 11 itu dengan teknologi yang ada sekarang, paling mudah adalah membandingkannya dengan peranti pintar yang ada di tangan anda.
Sebagai contoh, telefon pintar moden secara umumnya mempunyai RAM berkapasiti 4GB yang bersamaan dengan 34,359,738,368 bit. Jumlah tersebut adalah lebih daripada 1 juta memori RAM yang ada pada Apollo 11.
Storan telefon pintar juga dilengkapi dengan storan ROM berkapasiti 512GB atau bersamaan dengan 4,398,046,511,104 bit memori. Ia adalah 7 juta kali lebih banyak dari apa yang ada pada Apollo Guidance Computer (AGC) .
Tidak sekadar itu, cip pemprosesan yang digunakan pada Apollo 11 hanya berkelajuan 0.043 MHz sahaja. Sebaliknya, jika dibandingkan dengan cip pemprosesan yang ada pada model terbaru iPhone, ia dilengkapi dengan cip 7nm berkuasa sekitar 2.49GHz.
Bermakna, kuasa telefon pintar tersebut adalah 100 ribu kali ganda lebih laju daripada komputer yang membawa manusia ke bulan 50 tahun dahulu.
Sumber: ZMEScience & The Conversation
Berkaitan
- Apple Membuang Aplikasi Intip, Like Patrol Dari App Store
- Apple Kekal Popular Sebagai Jenama Komputer Paling Disukai Pengguna A.S
- Apple Didapati Gunakan Sambungan 'Lightning' Yang Lebih Besar Untuk Vision Pro
- iPhone 11 Pro Dan 11 Pro Max Adalah Telefon Pintar Terbaik Ketika Ini, Tapi...
- Sekarang Bukan Masa Yang Terbaik Untuk Membeli iPhone
- Pekerja Apple Dilaporkan Supaya Kunci Mulut Isu Tahap Elektromagnet iPhone 12
- 9 Servis Ini Dijangka Akan Ditawarkan Apabila Apple Store Malaysia Rasmi Dibuka
- Penggodam Boleh Curi Maklumat Pengguna Apple Melalui AirTag
- SOFIA Milik NASA Sedang Dibaik Pulih Selepas Rosak Dibadai Ribut
- Pengguna iPhone 11 Mengadu Tentang Isu Kesan Warna Hijau Pada Skrin Peranti