iPhone 8 Plus Mempunyai Kamera Telefon Pintar Yang Terbaik, DxOMark

Apple baru-baru ini melancarkan tiga peranti telefon pintar mereka iaitu iPhone 8, iPhone 8 Plus dan iPhone X. DxOMark, sebuah organisasi yang menguji sistem kamera termasuk kamera telefon pintar memberi kata putus yang kamera yang terdapat di dalam peranti iPhone 9 Plus mempunyai kamera yang terbaik setakat ini.

Kamera tersebut mengumpul markah sebanyak 94 secara keseluruhan meninggalkan iPhone 8 di tempat kedua dan Google Pixel dan HTC U11 di tempat ketiga.



Peranti itu yang memuatkan satu kamera sudut lebar 12MP dengan sensor BSI dan lesna f/1.8 dan satu kamera telefoto 12MP dengan lensa f/2.8 telah berjaya mendapat rating yang baik dalam setiap kategori yang diuji. iPhone 8 Plus mendapat markah yang tertinggi dalam kategori kualiti Zoom dan efek Bokeh.

Kelemahan yang dijumpai pula merangkumi penghasilan warna dalam situasi cahaya tidak semulajadi dan auto fokus.



Secara keseluruhan iPhone 8 Plus boleh menjadi pilihan yang baik kepada pengguna fotografi mobil dengan kelebihan perisian yang lebih canggih dalam menangkap gambar atau pemadangan berdinamik tinggi.

Sumber