iPhone 8 Mungkin Ditangguhkan Jadual Pelancaran Ke Bulan Oktober

Berita tentang kelewatan pelancaran iPhone untuk tahun ini hadir selepas penganalisis dari Bank of America Merill Lynch, Wamsi Mohan dan Stefano Pascale melaporkan pelancaran flagship dari Apple itu akan delay selama sebulan dari tarikh sebenar (selalunya September). Jika berita ini benar, maka kita terpaksa menungggu sehingga Oktober untuk melihat model baru iPhone tahun ini.

Kelewatan ini adalah disebabkan oleh masalah teknikal berhubung dengan implimentasi pengimbas cap jari di bawah skrin OLED dan juga sensor pengimbas wajah 3D di kamera selfie.

Sumber: ibtimes.com, theinquirer.net