iPhone 8 Boleh Dibuka Hanya Menyentuh Skrin Utama - Sumber

Apple Inc. mungkin dapat membuat sesuatu yang Samsung tidak berjaya buat tahun ini, memasukkan sensor cap jari kedalam skrin utama.

iPhone sempena ulangtahun ke-10 Apple akan memberi nafas baru di dalam industri telefon pintar setelah Samsung juga menampilkan rekaan futuristik menerusi Galaxy S8.

Pengimbas cap jari yang juga mengawal TouchID telah menjadi topik bualan antara pengguna Apple samada ura-ura ini akan menjadi kenyataan.

Sesetengah peminat Apple percaya Apple mungkin akan mengikut langkah Samsung untuk mengubah lokasi pengimbas cap jari ke belakang peranti dan sesetengah juga percaya yang ia akan diintegrasikan ke dalam skin utama.

Untuk memenuhi permintaan pengimbas cap jari di skrin hadapan mungkin akan menghadapi masalah kerana teknologi seperti ini masih belum lagi ada setakat ini.

Sumber