iPhone 8 Bakal Memiliki Dwi-Kamera Dari LG Dengan Sokongan Fotografi 3D

Sebelum ini terdapat khabar angin tentang iPhone 8 yang mengatakan telefon pintar Apple pada tahun hadapan akan dibina dengan skrin tanpa bezel. Kita sudah tahu bahawa perubahan rekaan iPhone adalah sangat minimal dari tahun ke tahun. Khabar angin tentang rekaan tanpa bezel untuk iPhone sudah lama diperkatakan namun iPhone masih mengeluarkan telefon yang sama dengan penambahan yang minimal. Cuma tahun ini kita dapat melihat iPhone dengan perubahan yang sedikit drastik dengan rekaan dwi-kamera, tiada headphone jack dan saiz paparan yang sedikit besar. Harapnya tahun hadapan, kita dapat disajikan dengan rekaan iPhone yang lebih drastik sesuai dengan harganya.

Hari ini, muncul lagi satu khabar angin tentang iPhone 8. Mengikut laporan, Apple kini sedang berkerjasama dengan sebuah anak syarikat LG (LG Innotek) untuk membawa fungsi fotografi 3D kedalam iPhone 8 menurut laporan dari The Korean Economic Daily. Mengikut sumber, Apple kini sedang berada di dalam fasa penyelidikan dan pembanggunan teknologi 3D. Oleh kerana LG Innotek sendiri memiliki keupayaan membina kamera 3D, kerjasama di antara kedua-dua syarikat ini sudah tentu akan membawa sesuatu yang menarik pada tahun hadapan. Harapnya.

Dalam usaha untuk membawa fungsi kamera 3D, Apple menggunakan sepenuhnya sebuah lagi syarikat dari Israel iaitu LinX, yang dibeli oleh Apple pada April 2015. LinX adalah sebuah syarikat teknologi imej yang membenarkan sesebuah aplikasi menggunakan informasi 3D yang diambil oleh kamera peranti untuk menghasilkan ciri seperti pemfokusan semula imej, ukuran sesuatu objek, pemodelan objek 3D dan latar belakang. Mengikut laporan juga, LG Innotek adalah pembekal rasmi dwi-kamera untuk iPhone 7 Plus. LG Innotek juga telah mempunyai pengalaman dalam membina kamera 3D sebelum ini dengan pelancaran LG Optimus 3D pada tahun 2011.

iPhone dikatakan tidak akan meneruskan model versi 'iPhone 7' pada tahun hadapan iaitu sambutan ulang tahun mereka yang ke 10. Ini bermakna, tidak akan ada iPhone 7S. Kemungkinan besar Apple akan terus menggunakan nama iPhone 8 yang juga di war-warkan membawa fungsi AR ke dalam kamera iPhone, teknology Augmented Reality yang kini digunakan oleh permaianan seperti PokemonGo.