Hari ini, muncul lagi satu khabar angin tentang iPhone 8. Mengikut laporan, Apple kini sedang berkerjasama dengan sebuah anak syarikat LG (LG Innotek) untuk membawa fungsi fotografi 3D kedalam iPhone 8 menurut laporan dari The Korean Economic Daily. Mengikut sumber, Apple kini sedang berada di dalam fasa penyelidikan dan pembanggunan teknologi 3D. Oleh kerana LG Innotek sendiri memiliki keupayaan membina kamera 3D, kerjasama di antara kedua-dua syarikat ini sudah tentu akan membawa sesuatu yang menarik pada tahun hadapan. Harapnya.
Dalam usaha untuk membawa fungsi kamera 3D, Apple menggunakan sepenuhnya sebuah lagi syarikat dari Israel iaitu LinX, yang dibeli oleh Apple pada April 2015. LinX adalah sebuah syarikat teknologi imej yang membenarkan sesebuah aplikasi menggunakan informasi 3D yang diambil oleh kamera peranti untuk menghasilkan ciri seperti pemfokusan semula imej, ukuran sesuatu objek, pemodelan objek 3D dan latar belakang. Mengikut laporan juga, LG Innotek adalah pembekal rasmi dwi-kamera untuk iPhone 7 Plus. LG Innotek juga telah mempunyai pengalaman dalam membina kamera 3D sebelum ini dengan pelancaran LG Optimus 3D pada tahun 2011.
iPhone dikatakan tidak akan meneruskan model versi 'iPhone 7' pada tahun hadapan iaitu sambutan ulang tahun mereka yang ke 10. Ini bermakna, tidak akan ada iPhone 7S. Kemungkinan besar Apple akan terus menggunakan nama iPhone 8 yang juga di war-warkan membawa fungsi AR ke dalam kamera iPhone, teknology Augmented Reality yang kini digunakan oleh permaianan seperti PokemonGo.
Berkaitan
- Video Trailer Avengers: Endgame Dikeluarkan, Tampilkan Captain Marvel
- Kemaskini Android 6.0 Marshmallow Akhirnya Tiba Untuk Sony Xperia C5 Ultra
- Kerajaan AS Mahu Pujuk Sekutu Untuk Berhenti Guna Produk Huawei
- Samsung Galaxy S7 Edge Edisi Black Pearl Diperkenalkan
- Pelancaran OnePlus 6T Diawalkan, Elak Pertindihan Tarikh Dengan Acara Apple
- AMD Mendakwa LG, MediaTek, Sigma Design dan Vizio Mencuri Rekaan Mereka
- Kamera Flip Asus Zenfone 6 Lepasi Ujian Ketahanan Dan Ini Buktinya (Video)
- YouTube Padam Video Berunsur Kanak-Kanak, Solusi Bagi Masalah Pedophile
- EDIFIER TWS 2, Wireless Earbud Untuk Penggemar BASS
- Tiada Sebarang Pelancaran Pocophone Baharu, Hanya Penawaran Armoured Edition Di India Sahaja