iPhone 8 Akan Tampil Dengan Storan Yang Lebih Besar Daripada Model Terdahulu

Syarikat yang berpangkalan di California iaitu  Apple telah diketahui umum bakal melancarkan iPhone 8 tidak lama lagi.



Kali ini, Apple telah membuat sedikit kelainan  pada kapasiti penyimpanan model terbarunya. iPhone 8 akan hadir dengan kapasiti yang lebih besar iaitu  64GB, 256GB dan 512GB.

Apple telah menggandakan pilihan storan  berbanding dengan barisan iPhone 7  yang hanya mempunyai pilihan 32GB, 128GB,  dan 256GB.

Ketiga-tiga kapasiti penyimpanan tersebut diiringi dengan 3GB RAM dan cip Apple A11 yang baru.

Sumber

Berkaitan