iPhone 8 Akan Hadir Dengan Sokongan Cas Tanpa Wayar?

Walaupun iPhone 7 baru sahaja dilancarkan beberapa bulan lepas, kini datang pula bermacam macam jenis khabar angin tentang iPhone 8 yang dikatakan akan menampilkan rekaan yang lari jauh dari norma iPhone. Mungkin paparan skrin tanpa bezel? Atau skrin lengkung?

iphone-8

Yang pastinya iPhone 8 akan hadir dengan sokongan cas tanpa wayar. Berita ini datang daripada sebuah syarikat pembuatan Foxconn yang sedang giat membina cip 'wireless charging' untuk iphone 8. Sebuah laporan dari Nikkei Asian Review pula menambah sokongan cas tanpa wayar tersebut mungkin hanya ada pada model premium (mungkin iPhone 8 Plus?).

" Walau apa pun, ianya bergantung kepada Foxconn yang menjadi tunggak utama dalam menghasilkan fungsi tersebut" ujar mereka. Namun, pada ketika ini, ianya hanyalah dalam proses 'design and research' dan masih belum ada pengumuman rasmi dari pihak Apple sendiri.

Antara khabar angin yang lain tentang iPhone 8 adalah ianya akan dibina dengan sekurang-kurangnya skrin 5 inci dengan panel OLED. CEO Sharp sendri mengesahkan berita tersebut didalam ucapannya di sebuah universiti di US. iPhone 8 juga dikhabarkan akan membuang butang 'home' yang begitu ikonik buat iPhone sejak dari keluaran model pertama mereka.

Sama-sama kita nantikan.