Yang pastinya iPhone 8 akan hadir dengan sokongan cas tanpa wayar. Berita ini datang daripada sebuah syarikat pembuatan Foxconn yang sedang giat membina cip 'wireless charging' untuk iphone 8. Sebuah laporan dari Nikkei Asian Review pula menambah sokongan cas tanpa wayar tersebut mungkin hanya ada pada model premium (mungkin iPhone 8 Plus?).
" Walau apa pun, ianya bergantung kepada Foxconn yang menjadi tunggak utama dalam menghasilkan fungsi tersebut" ujar mereka. Namun, pada ketika ini, ianya hanyalah dalam proses 'design and research' dan masih belum ada pengumuman rasmi dari pihak Apple sendiri.
Antara khabar angin yang lain tentang iPhone 8 adalah ianya akan dibina dengan sekurang-kurangnya skrin 5 inci dengan panel OLED. CEO Sharp sendri mengesahkan berita tersebut didalam ucapannya di sebuah universiti di US. iPhone 8 juga dikhabarkan akan membuang butang 'home' yang begitu ikonik buat iPhone sejak dari keluaran model pertama mereka.
Sama-sama kita nantikan.
Berkaitan
- Samsung S10 Dilapor Akan Dilengkapi Mod Tangkapan Malam "Bright Night"
- Apple Dakwa iPhone XR Adalah Peranti Paling Popular Mereka Ketika Ini
- Oppo F9 Diperkenalkan Secara Rasmi, Tampil Dengan Skrin 6.3-inci Bertakuk Kecil
- Buy Cheap Women’s Shoes, Boots and Heels
- Nama Telefon Boleh Lipat Samsung Mungkin Sudah Pun Didedahkan
- Aurora OS Pilihan Sistem Operasi Alternatif Bagi Huawei
- Selamat Tinggal 'Notch'- HONOR View20 Bakal Menerjah Tanah Air Pada 26 Januari Ini
- Tayangan The Punisher, Jessica Jones Di Netflix Sah Dihentikan
- Apple Turut Melancarkan Fon Telinga Yang Diberi Nama AirPod
- U Mobile Dan Huawei Malaysia Bekerjasama Meneroka Rangkaian 5G