iPhone 7 Plus Masih Kekal Sebagai Telefon Pintar Paling Popular Di Malaysia Setakat Ini

Walaubagaimanapun populariti peranti Android masih jauh lebih tinggi berbanding peranti iOS.


Penyelidik dari laman Device Atlas telah mengeluarkan laporan terbaru berkenaan kedudukan telefon pintar Android dan iOS di seluruh dunia. Dalam laporan tersebut turut diberkan data kedudukan penggunaan telefon pintar dan sistem operasi antara peranti Android dan iOS.

Setakat data yang dikongsikan bagi suku pertama tahun 2019, telefon pintar Apple iPhone masih kekal sebagai telefon pintar paling popular dikalangan pengguna di Malaysia menerusi model iPhone 7 Plus.

Kapsyen: iPhone 7 Plus yang diperkenalkan Apple pada September 2016 dahulu masih dijual sehingga kini. Harganya kini bermula dari RM2749.00.


Selepas itu, di tangga kedua adalah telefon pintar Android dari Samsung iaitu Samsung Galaxy J2 Prime. Tetapi dari tangga ketiga hingga tangga kelima, ia terus dikuasai oleh telefon pintar Apple iPhone.

Berikut adalah kedudukan 12 telefon pintar paling popular di Malaysia bagi suku pertama 2019.



Sungguhpun telefon pintar Apple iPhone 7 Plus adalah yang paling popular, tetapi penggunaan peranti yang menggunakan sistem operasi Android adalah masih jauh lebih tinggi berbanding pengguna peranti iOS.

Ini mungkin disebabkan oleh model peranti Android yang lebih pelbagai ditawarkan oleh pelbagai jenama lain yang turut menggunakan sistem tersebut seperti Samsung, Huawei, Oppo dan lain-lain.

Manakala peranti iOS hanya dikeluarkan oleh Apple sahaja. Juga harga telefon pintar Android juga adalah jauh lebih murah yang mampu dimiliki, berbanding iPhone yang berharga premium (walaupun modelnya adalah model iPhone terdahulu).

Kapsyen: Perbandingan antara pengguna peranti Android dan iOS sejak tahun 2016 hingga 2019.

Berkaitan