IPhone 7 Bakal Berada Di Pasaran Tidak Lama Lagi.










Apple bersiap sedia melancarkan telefon
generasi baharu di acara tahunan syarikat itu yang bertempat di San Francisco
pada September ini. Pada acara pelancaran bulan hadapan, Apple dijangka akan
memperkenalkan model yang dinaik taraf walaupun secara fizikal sama seperti
iPhone 6s dan 6s Plus. Pun begitu, terdapat beberapa perubahan besar termasuk
butang Home tekanan-sensitif, kamera yang lebih baik, jangka hayat bateri yang
lebih lama serta tidak mempunya port untuk headphone.









Laporan mendapati model terbaharu itu bakal
dinamakan samada iPhone 7 ataupun iPhone 6se. Khabar angin lain pula
menyatakan, Apple mungkin memperkenal dua lagi versi telefon yang berukuran 5.5
inci pada bulan yang sama. Salah satu model akan didatangkan dengan dwi kamera
dan akan diberi nama “iPhone Pro”.








Antara perubahan terbesar yang dilakukan
syarikat ini ialah dengan membuang port untuk headphone, dipercayai bakal
diganti dengan peranti pendengar tanpa wayar. Teknologi yang digunakan masih
menjadi tanda tanya samada menggunakan bluetooth ataupun sistem tanpa wayar
yang lain.

Berkaitan