iPhone 7 & 7 Plus Kalis Air, Tetapi Tidak Dilindungi Warranti Jika Rosak Akibat Air











8 Sep - Awal pagi tadi, Apple mengumumkan iPhone terbaru mereka iaitu iPhone 7 dan iPhone 7 Plus.



Di majlis pengumuman besar-besaran itu, Apple mengumumkan beberapa ciri penting baharu pada iPhone 7; salah satunya kalis air dan kalis debu.



Ciri itu meraih tepukan gemuruh dari penonton.



Tetapi, malangnya iPhone 7 tidak akan dilindungi warranti sekiranya telefon itu rosak akibat air.







Namun, jika difikirkan balik, adakah Apple sendiri tidak yakin dengan ciri kalis air pada iPhone 7?



Pengeluar telefon pintar lain seperti Samsung dan Sony juga meletakkan syarat yang sama.



Ini bermakna, dalam dunia realiti, masih belum ada telefon pintar yang betul-betul dijamin kalis air.