iPhone 5s Dan iPhone 6 Kini Dijual Pada Harga RM999 dan RM1499

Bagi anda yang bercadang mahu memiliki iPhone 5s ataupun iPhone 6, sekarang adalah masa terbaik untuk membeli kerana dua model terbabit ditawarkan murah berbanding sebelum ini.

IPhone 5s 16 GB sebelum ini dipasarkan pada harga RM 1188 dan ia meneri penurunan harga sebanyak RM189.

Walaupun sudah menjangkau usia hampir 4 tahun, iPhone 5s masih tersenarai untuk mendapatkan kemaskini iOS11.

Ia menjadikan 5s antara iPhone yang mendapat sokongan perisian paling lama daripada Apple.

Selain iPhone 5s 16GB, iPhone 6 32GB turut ditawarkan lebih rendah iaitu pada harga RM1499.

Pada Mac yang lalu, iPhone 6 variasi 32GB dijual di pasaran tempatan pada harga RM1999 dan kini ia dijual pada harga RM1499. Potongan sebanyak RM500!!

Lawatilah pengedar-pengedar Apple yang sah untuk menikmati potongan harga tersebut

Sumber: Lowyat.net