Ikuti kami di media sosial

Berita

iPhone 5G Mungkin Hanya Akan Hadir Pada Tahun Hadapan

ariff bukhari

Ditulis

pada

Teknologi sambungan ultra pantas 5G akan hadir bersama cip pemprosesan Apple A14.

Pembangun cip pemprosesan dari Taiwan, Taiwan Semiconductor Manufacturing Co. (TSMC) memberitahu pada Khamis lalu bahawa telefon pintar Apple iPhone adalah peranti pertama yang akan dilengkapi dengan cip pemprosesan 5nm.

Memandangkan Apple merupakan pelanggan utama mereka, iPhone bakal menjadi telefon pintar pertama yang dilengkapi cip pemprosesan 5nm dari mereka apabila ia sudah sedia untuk pengeluaran kelak.

Penggunaan cip tersebut dijangka akan dimuatkan dalam model iPhone 2020 pada cip Apple A14.

Menurut TSMC, permintaan tinggi terhadap teknologi sambungan tanpa wayar 5G adalah pendorong utama kepada pembangunannya yang menyebabkan mereka menjadi lebih agresif berbanding sebelum ini.

Teknologi dalam proses pembangunan cip 5nm itu juga bukan sahaja memberikan lebih banyak manfaat kepada pihak TSMC sendiri, tetapi pelanggan mereka turut menerima kelebihan yang ada pada cip 5nm.

Cip pemprosesan 5nm dikatakan akan menjimatkan kos pembangunan bagi setiap cip yang dikeluarkan, 1.8x lebih padat dari cip 7nm, meningkatkan prestasi peranti sehingga 15% dan lebih jimat tenaga.

Pihak TSMC sudah pun memperlihatkan rekaan infrastruktur yang akan digunakan bagi membangunkan cip 5nm kepada para pelanggan mereka.

Untuk tahun ini, Apple akan perkenalkan model terbaru iPhone 11 tidak lama lagi. Tetapi ia dijangka akan masih kekal menggunakan cip pemprosesan 7nm pada Apple A13. Bermakna Apple 11 masih tidak menyokong teknologi sambungan 5G tahun  ini.

Sumber: DigiTimes

Teruskan Bacaan
Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular