iPhone 2019 Mungkin Akan Berhijrah Ke USB-C

Apple Inc mungkin akan menggunakan USB-C untuk ruang pengecasan peranti iPhone mereka mulai tahun 2019. Perkara in didedahkan oleh DigiTimes yang menurut sumber mereka yang berada di dalam pembekal IC Analog untuk Apple.

Apple telah menggunakan sambungan USB-C untuk MacBook dan menggunakan sambungan Lightning untuk peranti iPhone. USB-C mula mendapat tempat di kalangan pembuat telefon pintar premium kerana memberikan mereka sambungan yang lebih mudah kepada pengguna.

Kemungkinan Apple untuk meletakkan sambungan USB-C untuk peranti iPhone tahun ini tipis kerana masa yang diperlukan untuk rekaan semula tidak mencukupi. 3 model iPhone dikhabarkan akan diperkenalkan oleh Apple pada bulan September ini.

Sumber