iPhone 2019 Dikhabarkan Akan Mempunyai Ciri Pengecasan Tanpa Wayar Berbalik

Ciri pengecasan tanpa wayar berbalik sudah boleh dinikmati pada peranti seperti siri flagship Samsung Galaxy S10 dan juga Huawei Mate 20 Pro.

Tidak mahu ketinggalan, Apple turut dikhabarkan akan menyertakan kemampuan tersebut pada model tahun 2019.

Ia adalah berdasarkan laporan dari penganalisis Ming-Chi Kuo dan menurutnya, Compeq akan membekalkan papan bateri sementara STMicro menyediakan pengawal pengecasan tanpa wayar dua hala untuk Apple.

Dengan adanya ciri ini, ia mungkin membayangkan kehadiran kapasiti bateri yang lebih besar pada iPhone generasi yang seterusnya.

Sumber: MacRumors