Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

iPhone 2019 Dikatakan Bakal Hadir Dengan Pengecasan Pantas 18W Dari Dalam Kotak

Posted on April 30, 2019

Jika ditanya kepada pengguna iPhone, antara perkara yang agak mengecewakan mereka berkenaan peranti kegemaran mereka pastinya ketiadaan pengecas pantas dari dalam kotak belian.

Ia bermakna mereka perlu membeli alat pengecasan secara berasingan bagi menikmati pengecasan pantas.

Berita baik bagi mereka, iPhone 2019 berkemungkinan besar bakal didatangkan dengan alat pengecas pantas 18W bersama kabel USB Type-C ke Lightning.

Menurut sebuah blog Jepun, Mac Otakara, Apple dikatakan akan membekalkan penyesuai yang sama seperti yang ada pada iPad Pro 2018.

Apple

Untuk pengetahuan anda, penyesuai itu dijual pada harga RM149 di laman web Apple ketika ini dan berita ini pastinya menyenangkan terutama bagi mereka yang bercadang untuk mendapatkan model iPhone baharu pada tahun ini.

Model-model terdahulu yang menyokong fungsi pengecasan pantas ini ialah bermula daripada iPhone 8 dan ke atas, namun penyesuai yang dibekalkan dalam kotak belian hanyalah berkuasa 5W sahaja.

 

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress