iPhone 2018 Bersalut Emas Sudah Boleh Dipra-Tempah, Dijual Pada Harga RM 523,000.

Belum pun sempat Apple melancarkan model bagi tahun 2018, pra-tempah untuk versi lebih mewah sudahpun dibuka.

Dipanggil sebagai Billionaire Solid Gold Edition, keluaran ini adalah hasil dari syarikat terkenal Goldgenie. Mereka turut merujuk model terbabit sebagai iPhone Xs, pengganti kepada iPhone X.



Disaluti emas 18karat, edisi ini dijual pada harga £100,000, kira-kira RM 523,000 mengikut tukarang matawang semasa.

Selain binaan disaluti dengan emas, ia dikemaskan lagi dengan logo "Billionaire" dibelakang, menampilkan lagi ciri-ciri bangsawan telefon tersebut.

Ia hadir dengan storan sebesar 256GB, iPhone mewah ini diletakkan didalam kotak kayu oak ceri.



Setiap pembeli akan menjadi ahli VIP Goldgenie dan juga waranti seumur hidup.

Untuk membeli peranti ini, anda dikehendaki membayar deposit separuh daripada harga jualan. Baki pula akan diberikan tempoh yang tertentu untuk dilangsaikan.

Berminat untuk beli telefon berharga setengah juta ringgit ini? Boleh layari Goldgenie