iPhone 13 Dijangka Hadir Dengan Pilihan Storan Dalaman Sehingga 1TB

iPhone 12 yang baru sahaja dilancarkan hanya mempunyai maksimum storan dalaman 512GB.

Jika anda mahukan iPhone dengan storan dalaman lebih besar, mungkin anda perlu menunggu pada tahun hadapan.

Ini adalah kerana iPhone 13 dijangka bakal hadir dengan storan dalaman sehingga 1TB.

https://twitter.com/jon_prosser/status/1321241186313637888

Sebelum-sebelum ini terdapat ura-ura bahawa iPhone 13 akan menyokong rakaman video sehingga 8K, jadi storan dalaman yang lebih besar sudah tentu sangat membantu memuatkan saiz video yang besar tersebut.

Jika iPhone 13 memulakan trend dengan storan dalaman bersaiz 1TB, jenama lain juga sudah tentu akan mengikutinya secara tidak langsung.

Sumber: IThome dari Jon Prosser