iPhone 13 Dijangka Hadir Dengan Pilihan Storan 1TB

Apple kini dilaporkan akan menawarkan pilihan storan 1TB bagi iPhone 13 yang akan dilancarkan pada tahun ini. Menurut 9to5Mac, perkara ini didedahkan oleh penganalisis di Wedbush melalui pemeriksaan rantaian bekalan.

Pada masa ini, hanya iPad Pro yang ditawarkan dengan pilihan storan 1TB untuk peranti iOS. Sementara itu, maksimum kapasiti yang ditawarkan untuk iPhone sedia ada hanya 512GB storan.

Jika diimbas kembali, khabar mengenai pilihan storan 1TB ini bukan pertama kali diperkatakan. Pada Oktober tahun lalu, Jon Prosser juga pernah menyatakan perkara yang sama di mana terdapat kemungkinan iPhone akan datang bakal hadir dengan pilihan storan 1TB.

https://twitter.com/jon_prosser/status/1321241186313637888

Di sisi yang lain, barisan iPhone 13 ini dijangka akan dilancarkan pada musim luruh nanti. Spekulasi mengatakan iPhone 13 akan dimuatkan dengan Touch ID dan panel 120Hz.

Sehingga itu, nantikan lebih banyak maklumat mengenainya dari semasa ke semasa.

Sumber: 9to5Mac